* Sentiasa tersenyum dan menunjukkan muka yang manis setiap kali berhadapan dengan orang. ( namun senyuman yang di lemparkan haruslah benar-benar ikhlas bukan untuk menggoda ataupun di buat-buat untuk memikat )

* Setiap kali kamu membuat silap ataupun orang lain membuat silap pada kamu sebaiknya belajarlah untuk memohon maaf dan memaafkan orang lain.

* Jangan terlalu memaksa diri untuk bergaya ala-ala model ataupun seorang yang trendy sedangkan kamu sebenarnya seorang yang ringkas. ( pakailah apa yang kamu rasakan selesa untuk diri kamu dan bukan untuk kepuasan mata orang memandang )

* Andainya kamu bukanlah seorang yang lemah lembut kamu tidak perlu berlakon sebagai wanita yang lemah lembut dan terlalu sopan santun. ( tak kisahlah ada orang kata kamu kasar macam tomboy sekalipun yang penting kamu tahu menghormati orang yang lebih tua kerana di situ kamu akan kelihatan lebih menarik walaupun bersikap kasar kamu mempunyai kelembutan yang asli )

* Elakkan dari mencari atau memperkatakan tentang kelemahan orang lain sebaliknya kamu harus sedar setiap orang ada kelebihannya. ( sekiranya kamu berpandangan demikian orang lain juga tidak sesekali mencari kelemahan diri kamu dan seterusnya kamu akan sentiasa merasakan diri kamu menarik )

* Sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan tidak cepat melatah serta menyalahkan sesiapa dari apa yang telah berlaku.

* Bina sebuah kehidupan yang teratur agar setiap yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. ( kamu akan sentiasa diri bertuah dan menarik apabila kehidupan kamu sentiasa teratur dan terancang )

* Elakkan dari berselisih faham dengan sesiapa atau menimbulkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. ( ini akan membuat kamu sentiasa runsing dan merasakan diri terlalu banyak kekurangan )

* Jangan terlalu emosional atau rasa rendah diri apabila kamu tidak dapat apa orang lain dapat. ( mestilah harus sentiasa berfikir itu rezekinya dan tidak perlulah berebut-rebut untuk dapat rezeki yang sama )

* Selalunya kita berangapan orang yang cantik dan menarik ini bertuah dapat memiliki apa yang diinginkan namun kita tidak tahu apa yang di perolehnya itu berbaloi atau tidak dengan apa yang dilakukannya untuk tampil menarik dan semua itu akan berkekalan atau hanya sementara sahaja. ( lebih baik kamu hanya dapat seadanya sahaja tetapi kekal dari mewah tetapi untuk sementara )




This entry was posted on 6:40:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers